Niat Puasa Ramadhan Satu Bulan Penuh dan Niat Puasa Harian

Untuk puasa wajib, maka berniat di malam hari (paling akhir hingga sebelum shubuh) sebelum berpuasa hukumnya wajib. Jika lupa berniat maka puasanya dianggap tidak sah.

Menurut Imam Malik, niat puasa Ramadhan cukup sekali dilakukan pada malam pertama Ramadhan. Lafaz niatnya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

“Sengaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”

(Nawaitu shouma syahri ramadhaana kullihi lillaahi ta’aala)

Jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, yaitu niatnya:

“Sengaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Kita menggunakan niat beliau semata-mata hanya untuk mencegah kelupaan atau jika kita lupa niat puasa pada malam harinya maka puasa kita masih sah. Tapi tidak hanya dengan melafadzkan niat Imam Malik yang sebulan penuh itu kita tidak niat lagi tiap malam. Kita tetap niat puasa setiap malam (menurut Madzab Imam Syafi’i). Niat Imam Malik tsb hanya untuk menutupi apabila kita lupa niat pada malam harinya.

Lafaz niat puasa setiap malam untuk puasa esok harinya:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

“Sengaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”

(Nawaitu shouma ghadin ‘an ‘adaa i fardhi ramadhaana Haadzhis sanati lillaahi ta’aala)

Advertisements
About

Hanya seorang hamba..

Tagged with: , , , ,
Posted in Ramadhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Rumah Amal Anak Kesayangan Nur Muhammad
Telp. 0411-2115630

Contact Person
Asif 0878 2174 7131
Elan Suherlan 0877 4011 4905
Ibu Adawiyah 0819 3370 2113
Ibu Wahyuni 0819 2773 7467
TV Nur Muhammad
http://nurmuhammad.tv